" F l o w e r "

Flower.
Sweetness
SWEET DIMPLES
'He found you lost and guided you to the right path' : Dashboard | +Follow
Let it go ^^

Love is beautiful. Life is beautiful too. Sesuatu yang di impikan tak selalu menjadi kenyataan.Tetapi apa yang tidak diduga selalu berlaku dengan tiba tiba.Biarlah kita menangis harini kerana kesakitan semalam. Tapi usahlah kita tertawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti untuk selama lamanya.

Kadang kadang kita terlalu kenangkan sangat benda yang lepas. Setiap insan mesti ada alasan mereka sendiri.Kita sendiri pun kekadang tak tahu kenapa dipersoal kan sebegitu walaupun luput ditelan zaman. Masa lalu biarlah terus berlalu. Jangan dikenang kembali.

Masa lalu kian meninggalkan kita. Masa berdetik tanpa henti. Kita mungkin tunggu masa tapi masa tak akan tunggu kita. Kalau kita lambat masa akan terus meninggalkan kita bagaikan katak di bawah tempurung. Jangan takut dengan kesilapan. Kesilapan akan mengajar kita erti kehidupan yang betul. Menangislah macam mana sekali pun,keluarlah air mata sedarah pun kalau kita sendiri tak sedar juga dengan kesilapan yang kita lakukan tak kan berubah lah apa apa. Orang lain tak boleh ubah kita selain kita ubah sendiri:)

Posted at April 21, 2013 | 0 comments
10 tempat terindah di dunia ^^

\Assalamualaikum/
Dunia sungguh indah . Tadi searching-searching jumpa tempat-tempat yang awesome nih !
Semoga satu hari aku dapat jejak kan kaki disini . Insya-Allah :)
1. Valleys, Pakistan

2. Manhattan, New York

3. Killarney, Ireland

4. Machu Picchu, Peru

5. Great Barrier Reef, Australia

6. Oludeniz, Turkey

7. City of London, England

8. Vatican City, Italy

9. Bora-Bora, French Polynesia

10. Mount Everest, Nepal / China Border



"Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."


Posted at April 21, 2013 | 0 comments
RANDOM .

\ASSALAMUALAIKUM/

Ya .awak yang tengah baca ni.

saya tahu,jauh di sudut hati awak,

ada rahsia yang tersimpan.

ada tangisan yang tersembunyi.

ada harapan yang terlukis terang.

namun di situ,

awak memilih untuk senyum.

awak bertahan dalam diam.

awak yakin dengan doa.

tapi saya percaya di sebaliknya,

awak kongsikan segalanya pada dia yang lebih mengerti.

awak menangis dihadapannya yang jauh lebih memahami,

awak serahkan hati awak sepenuhnya.hanya untuk dia.

sebab itu awak nampak tabah dan tenang menghadapi semuanya.

kerana hatimu teguh bersama pencipta.


Haihai :* selamat pagi rakan-rakan sekalian *sambil menguap* 
tengok jam sekarang pukul berape sayang ? now almost nak dekat subuh . 
Ya Allah , aku tak tahu lah kenape mata ku ini sukar untuk dilelapkan . 
i'm trying but aaaahhhh . i dont know laaa . dengan keadaan diluar yang begitu sejuk . ishh aku ni waktu panas merungut , waktu sejuk  pun nak merungut jugak . ish ishh :3 tadi angin bertiup kuat gila rasa macam nak melayang-layang je badan ni . bumbung pun rasa bergoyang and nak roboh . MUCH AFRAID ><' berdoa jelah semoga tiada apa-apa yang akan berlaku . lama jugak kan aku tak update belog . well , baru lepas habes exam ujian selaras yang kedua . sungguh rumit ^^ markah pun ada yang naik , ada yang down . haishh , pasrah jelah . study pun ala kadar je . markah pun gituuu jelah . nak markah lebih , usaha pun kena lah lebih kan . congrets lah untuk kawan-kawan aku yang dapat markah yang tinggi-tinggi uh kan . Jeles tau jeles . Insya-Allah aku kan mempergiatkan usaha aku dalam ujian pertengahan tahun yang akan datang , 13 Mei kowt . tak silap aku lah ^^ cewahh ayat kemain-kemain lagi . sejak akhir-akhir ni , nampak lah perubahan dlm diri aku sedikit sebanyak .aku semakin rajin membuat kerja rumah , tamau tangguh-tangguh dah . orang yang suka bertangguh ni kan , orang yang tak pandai nak hargai masa tau . and hati pun tak tenang sebab pikir kan keja yang melambak-lambak tuh ! 
jadi gunakan lah masa sebaiknyaa #note to myself too :)

nowadays , banyak masalah yang datang about family , study , persahabatan and yang berkaitan dengan seadanya laaa . 
family ? hmm , susah nak cerita . ada lah masalah sikit .gaduh-gaduh . lumrah kan dalam sebuah kehidupan . abang aku , dia dah keluar rumah hampir nak seminggu and sampai sekarang dia tak balik2 lagi . aku kasihan dekat mak aku . sampai demam-demam dia tunggu abang aku . semalam kol abang aku . dia angkat tapi dia senyap je . and mak aku try lagi terus tak angkat dah . hmm , aku tahu mak aku sedih . and kalau aku ada kat tempat mak aku . aku pun tentu rasa ape yang mak aku rasakan .
ntah laa , abang aku ni mungkin kecik hati sebab hal2 tertentu . 

tapi ape aje yang boleh buat , nak carik dia ? tak tahu nak carik kat mane lahh . 
i hope one fine day bila hati dia baik tenang sume , dia akan pulang ke rumah . 
secara tak langsung bila aku pikirkan pasal benda ni , kadang2 terganggu emosi aku .
bila pikir kan semua masalah . dekat sekolah pun dah macam krikrik . 
aku pun dah tak layan sangat orang . maybe silence is the best way . 
aku pun taktahu lah . people changes right :') aku pun dah tak rapat dengan orang yang aku selalu rapat . WHY ? haha . idk .maybe she's getting bored with me or she had a new nice friend or maybe she's just going to be an obstacle for me to study . i guees soooo ^^
then , about someone yang dulu sangat bermakna dalam hidup aku . dari kawan jadi someone special lepastu jadik teman tapi mesra lepas tu kawan balik and now he is getting further from me . we're just like strangers :') yaa , mungkin dia bukan jodoh aku . 
aku terima itu , tapi salah kah aku cuma nak berteman dengan dia ?
lepas hari tuh dia texting aku and said we better not contact each other . 
and i'm fell like wanna screamm arghhhhhh -,- maybe salah aku yang suka mengarut and mengarut and bergurau senda benda yang tak sepatutnya . 
i really dont mean anything and i truly sorry for all my words that may hurt you . 
so , setelah saya fikir-fikirkan adalah betul saya dengan awak tidak terus berhubung . 
buat ape kalau berhubung je , mesti sakit hati . gaduh-gaduh hari-hari kan . bukan saya tak percaya kat awak tapi saya nak awak tak sakit hati lagi dengan orang macam saya . 
saya tahu saya ni teruk , jahat . tak pandai jaga perasaan orang , ego , penting kan diri sendiri and macam-macam lah lagi yang buruk pasal saya . sory wak . 
mesti menyesalkan kenal manusia macam saya . sory again ! 
just move on and go away from me awak .
i wish one day you will find who is better compared to me :')
takpelah , aku redha dengan semua . jodoh pertemuan ajal maut perpisahan dan sewaktu dengannya semua nya di tangan Tuhan kan . so , kita sebagai hambanya tawakal jelah . 
ape yang kita mampu buat , hanya berdoa . mungkin tu jelah cara kita untuk mengadu nasib . tak semua benda yang kita nak dapat kan . kadang2 bnda yang kita nak tuh tak dapat . Allah nak berikan yang lebih indah untuk kita . who know right ? think positive :)
Suhaina Binti Jaafar , hello ! that's me . i'm such a strong girl who will not easily give up . 

Fight For It !!!


Tidak ada suatu apapun yang kebetulan di dunia ini. Segalanya telah diatur oleh Yang Maha Kuasa. Sekecil apapun kejadian itu, tentu merupakan kehendak-Nya. Tuhan selalu mempunyai alasan mengapa Dia memberikan keadaan demikian kepada kita. lihatlah, sesungguhnya Tuhan ingin Anda mempelajari hikmah dari kejadian tersebut.

Cuba tengok orang-orang yang nampak bahagia. Pasti kita akan nampak satu sisi yang membuat orang itu merasa hidupnya tidak sempurna. Begitu juga dengan diri kita sendiri. Jika saat ini kita rasa mempunyai masalah, selesaikanlah dengan tawakal tanpa pernah mengeluh. Itulah ujian yang Tuhan berikan sesuai dengan posisi kemampuan kita.




I wanna be the prettiest me at the moment when I meet Him. Without any make up even such a colorful and branded dress.

sampai sini sahaja lah , semoga kita berjumpa lagi :)
I LOVE YOU , SALAM 



Posted at April 14, 2013 | 2 comments
Kesungguhan seseorang lelaki ^^

Kesungguhan cinta seorang lelaki terpancar melalui :-
  • Kesungguhannya dalam melakukan sesuatu buat kekasih tanpa sedikit pun tidak terlihat  keterpaksaannya.Semuanya ceria,rela dan penuh bahagia.
  • Dia berasa puasa pabila dapat menghiburkan pasangannya. Dia bukan seorang lelaki hipokrit yang tidak mempedulikan apakah pasangannya mengalirkan air mata tatkala dia ketawa
  • Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
  • Dia mencemburui anda lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan anda.Kongkongannya semata-mata oleh perasaan cemburu yang meluap-luap itu.
  • Dia akan kerap menyatakan ketakutannya jika kehilangan anda.
  • Dia mudah merajuk dan sensitif apabila anda tidak menumpukan prhatian terhadapnya.Kadang2 dia seprti budak kecil dalam usaha mendapatkan layanan yang terbaik buat anda.
  • Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhannya melakukan apa saja asalkan membahgiakan anda .
  • Kadang2 dia merajuk kerana mahukan kata2 lembut daripada anda. Dia berasa lega dan gembira apabila mendapat kata-kata pujukan yang amat didambakan oleh hatinya yg telah diselaputi cinta itu.
  • Dia akan gelabah apabila berjauhan dengan anda. Dia akan kerap menelefon, menghantar SMS dan kekadang kata-katanya puitis sekali.
  • Dia akan kerap bertanya apakah anda masih mencintainya, padahal anda telah beberapa kali menyatakan begitu terhadapnya.

Posted at April 13, 2013 | 0 comments
Sahabat yang teristimewa :')


Sahabat...
Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri
Tetapi dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran
Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana
kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa...

Tetapi.......
kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa
memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita
memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa
dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri
kita hingga,
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada
cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana
dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?

Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita...
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan
sahabat.....
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan
kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang
sahabat.....

Sebagai kekuatan.....
Jadilah kita sahabatnya itu....
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin
sebenarnya dia tidak setabah yang
DISANGKA-SANGKAKAN .....

Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan
Kita tidak tahu
Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,
mungkin kita akan tahu :)



pedatih:

Beauty things fall from the sky-
 

maafkan aku kerana selama ini aku ini bukanlah sahabat yang baik buatmu.

Posted at April 13, 2013 | 0 comments
Pendamping Hati :)
"Ya Allah.. izinkan aku jatuh cinta lagi pada orang yang tepat, di waktu yang tepat. Karena hatiku cuma satu,hanya kepada dia yang halal buatku."
Cinta itu mahal, kerana hati cuma satu.
Hanya layak untuk mereka yang halal. Mereka yang tepat. Mereka yang Allah kirimkan untuk kita. Mereka yang ikhlas, mereka yang berusaha, mereka yang menjaga Allah, mereka yang patuh pada suruhan Allah, mereka yang belajar menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa.

Kerana yang wanita perlu adalah pemimpin. Yang akan memimpin hidupnya. Yang akan memimpin keluarganya, generasinya. Bukan sahaja didunia bahkan di akhirat kelak, tempat yang kekal abadi untuk selamanya. Mereka perlu pemimpin yang boleh memimpin mereka ke jalan Allah, memimpin mereka menjadi wanita dan isteri yang solehah, serta boleh memimpin mereka ke Syurga Allah. Itu yang wanita inginkan, berada bersama orang tersayang di Syurga Illahi.

Itu yang lebis manis, lebih indah dari janji dan kata-kata 'manis' seseorang lelaki. Ahh itu terlalu basi, sudah lali, jangan diulang kata manismu duhai lelaki tanpa membuktikan dikau benar-benar layak untuk seorang wanita.

Bukan sombong, bukan mendongak, tetapi inilah wanita inginkan. Mereka mahu bahagia, tidak hanya di dunia kerana itu bukan yang abadi tetapi di akhirat. Mereka ingin selamat, tidak hanya di dunia, tetapi di akhirat kelak, di hadapan Allah kelak, saat dimana hanya amal yang menjadi titik penentu.

Wanita itu lemah, lemah jiwanya, lemah sifatnya. Kerana itu, mereka perlu dia yang benar-benar layak. Supaya mereka aman. Supaya berasa terlindung, dengan godaan syaitan dan bisikan hawa nafsu yang terus menerus memburu manusia supaya jatuh dalam lembah hina.




"Dari Abu Hurairah R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Berpesan baiklah terhadap para wanita, kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk, dan tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, Jika engkau paksa meluruskannya dengan kekerasan akan patah dan jika engkau membiarkannya pasti akan tetap bengkok, oleh kerananya berpesan baiklah terhadap para wanita" (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)


Buat dia yang bakal menjadi pendamping wanita, jadilah mereka yang wanita inginkan. Wanita bukan memilih tetapi mereka ingin yang terbaik, bukan untuk diri mereka sahaja, bahkan untuk pasangan mereka juga. Mereka ingin Allah redha dengan pilihan mereka, mereka ingin Allah restu dengan hubungan ini.

Andai dia yang menjadi pasangan mereka mempunyai kriteria yang Allah redha, apakah kamu fikir wanita juga tidak akan berusaha menjadi wanita yang solehah dan sesuai untuk pasangannya? Pasti! Kerana mereka tahu Allah sayang dengan mereka, mereka pasti berusaha menjadi isteri yang selayaknya. Insya-Allah.

Duhai dia yang diciptakan untuk kaum Hawa, berubahlah kerana cinta kami mahal, hanya untuk mereka yang halal dan yang selayaknya. Jika benar hatimu untuk kami, usah bermain kata. Bersifatlah sematangnya temuilah wali kami sebagai buktinya!

Posted at April 13, 2013 | 0 comments
ALL ABOUT APRIL FOOL



\Assalamualaikum/

Bulan Mac bakal melabuhkan tirainya. Bulan April kini menjelma. Terdapat suatu kebiasaan jahiliyah yang harus kita berwaspada sebagai seorang Muslim iaitu 1 April sebagai hari ‘April Fool’. April Fool adalah hari di mana orang-orang diperbolehkan untuk menipu atau berbohong tetapi orang lain. Tetapi tahukah anda apakah itu April Fool yang sebenarnya?

Sejarah April Fool

Sebenarnya April Mop adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.

Kebiasaannya orang akan mengatakan bahawa April Fool (yang hanya berlaku pada tanggal 1 April) adalah hari di mana kita boleh menipu kawan, orang-orang tua, saudara-mara atau sesiap sahaja, dan mangsa gurauan itu pula tidak boleh marah atau beremosi apabila sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool. Biasanya si mangsa, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan ketawa bersama-sama atau hanya sekadar pada bengang, bukan betul-betul marah.

Walaupun ia tidak sehebat perayaan tahun baru atau Valentine's Day, budaya April Fool dalam dua dekad ini telah menggambarkan kecenderungan yang semakin menyatu dalam masyarakat ketika ini terutamanya di kalangan anak-anak muda. Tidak mustahil jika pada masa akan datang ia akan merebak ke masyarakat perkampungan. Ironinya, masyarakat dengan sangat mudah terikut-ikut budaya Barat ini tanpa kajian dan kritikan terlebih dahulu, sama ada adakah budaya itu baik ataupun tidak, atau adakah ia bermanfaat atau sebaliknya.

Perayaan April Fool bermula daripada suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. Perayaan April Fool atau dikenali sebagai The April's Fool Day, bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.

Sejak Sepanyol dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Amirul Jihad, Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi negeri yang makmur. Tentera-tentera Islam bukan hanya berhenti di Sepanyol, malah terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan-kawasan dalam Perancis. Perancis Selatan dengan sangat mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan kawasan-kawasan yang lain telah dibebaskan oleh Islam. Walaupun tentera Islam kuat, pasukan Islam masih memberi peluang kepada suku Goth dan Navaro di daerah yang berada di sebelah barat di kawasan pergunungan. Islam tela hmemberikan kemakmuran di Sepanyol.

Oleh kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang-orang Sepanyol yang kemudiannya dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Umat Islam Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami. Bukan sekadar membaca Al-Qur'an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka sentiasa mengatakan ‘tidak’ untuk arak, pergaulan bebas dan semua perkara yang dilarang oleh Islam. Keadaan yang harmoni ini berlangsung selama hampir 6 abad.

Selama itu juga, pihak kafir yang masih berada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal penat lelah terus berusaha untuk menghancurkan Islam dalam Sepanyol. Namun, mereka sentiasa menemui kegagalan. Maka dihantarlah sejumlah mata-mata untuk memerhati kelemahan umat Islam di Sepanyol.

Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, iaitu dengan melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya. Maka dalam diam mereka mula menyeludup masuk minuman keras dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik-muzik dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda Islam Sepanyol agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca Al Qur'an. Mereka juga mengirim beberapa ulama’ palsu untuk meniupkan idea perpecahan ke dalam tubuh umat Islam di Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai tentera salib. Serangan tentera salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.

Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk Islam di Sepanyol ( yang juga dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah. Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam rumah masing-masing. Dengan lantang tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang-julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.

Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.

Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April's Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong terhadap orang lain. Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun diselaputi dengan alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.

Bagi umat Islam, April Fool merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seiman mereka disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam untuk turut serta dalam merayakan tradisi ini. Sesiapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam.

Jadi, perhatikanlah di sekeliling anda, anak-anak anda dan diri anda sendiri daripada terkena virus jahil April Fool tanpa kita sedari. Wallahua’lam.

Terima Kasih sudi membaca.

Posted at March 31, 2013 | 0 comments
Pray for her :')
 

\ ASSALAMUALAIKUM /
HAIHAI *lambai tangan . lama kan aku tak update belog . 
takde mase lah nak mengadap benda ni lama-lama .
YEAH ! biase lah . kate SPM CANDIDATE kan .
kena lah korban sikit . tahun ni je . untuk future jugak , untuk diri sendiri jugak .
bukan untuk orang lain . abaikan aje benda lain yang menyerabut kan otak .
 lebih-lebih lagi next week exam yang kedua kali nya . OHHMAII ><' much stress . 
nak kena hafal itu ini , dan cabaran dan dugaan dalam hidup semakin banyak . 
takpelah , kita sebagai manusia yang biase normal lah kan kalau alami macam tuh . 
nway , saya dah tengok dah akak abang saya tahun lepas amek result last week . 
kebanyakkan mereka dapat result yang amat membangga kan . 
YA ALLAH ! hebat sungguh , bijak-bijak belaka .
cousin aku , shayz tyra . Even dia dapat 5a pun . 
aku bangga laa dengan dia . tabik spring habis . dia dapat semua kredit . 
dan yang paling tak boleh blah tuh dia dapat A+ untuk addmath . 
geliga sungguh otakmu wahai sepupu . congrets tau ! jeles k jeles ><'
aku pun nak jugak macam kau . nak lebih dari kau .
THANKS untuk advice yang kau bagi tuh . INSYA-ALLAH . 
nanti senang-senang , freetime ke . ajar lah aku tau .
aku boleh je , cuma aku ni punya malas . 
kemain-kemain lagi . kenalah usaha usaha dan rajin rajin :]

and for kawan-kawan saya yang exam next week .
GOOD LUCK .

“Life is what happens to you while you're busy making other plans.” 

That's all from me . Pray for my succesful . AMIN ! 
love you . SALAM :]


Posted at March 31, 2013 | 0 comments
Smile :')

ASSALAMUALAIKUM :D

Tarik nafas dalam-dalam, lepassssss. Then, set in your mind, "  I'M OKAY! " :) 

Kehendak hati memang sukar untuk dipenuhi.
Kadang-kadang apa yang kita inginkan buat masa sekarang
tak mudah untuk kita kecapi,
Sering saja ada halangan yang mendatang.
Allah datangkan ujian bukan semata-mata ujian,
Tapi, itu sebenarnya tarbiyah untuk hati
Sedar atau tidak..
kita banyak leka juga alpa.

Adakah kita harus akur dengan jalan yang kita pilih?
Walaupun segenap hati kita ingin berubah. 
Berubah ke arah yang lebih baik. 
Berubah menuju redha Dia...
Tapi, apakan daya kekuatan yang dicari,
masih belum ditemui.
Apa yang pasti,
tindak tanduk kita sering mendahului kehendak hati.
Tanpa langsung memikirkan apa yang bakal terjadi. 

Duhai hati, 
tenang dan fikirkan guna mata hati. 
Apa pun jalan yang dipilih,
pastikan menuju redhaNya. 
In shaa Allah....

Luahan untuk dikongsi :) 

Ya Allah, if it'll keep my heart soft, break my heart every day.

 'Lord, I know not everything I wished and hoped for will come true. Please give me strength to let go and entrust everything to You. I understand You won't allow me to be in pain for the sake of hurting but sake of learning. You know me more than I know myself that even when I feel alone and unloved, there is still someone who knows all my flaws yet loves me unconditionally like no other human can.'
It will be going okay :)  



Posted at February 10, 2013 | 0 comments
Holla Holli Cikum Cekubung :P


Halooooo . Dah seminggu tak update kan . well macam biasa lah . 
homework untuk studebt spm macam aku ni . sentiase aje melambak .
but Alhamdulillah today i have some time to tell some story .

Okay , ini cerita semalam .
Semalam aku hang out with my bestfriend . 
alaa , macam biase lah tempat lepak yang best kat melaka ni . 
mahkota parade ngan dataran je yang famous *full bhai ayat aku . lol
sikit je manusia yang keluar semalam . Nak join nya ramai , 
lastlast semua terbantut tak jadi .tiga orang je yang pergi . 
Aku , hawa ngan oulala . tapi si oulala miong nak ajak crush lama dia . 
Si gigi , eka with his friend pata . LOL *name mereka pelik ! 
Dorang selalu dok bergaduh , makimaki , bentak sane sini . 
but last , si gigi ni gedik gedik nak join plak . semak je . HAHA !
buat memekak je dalam wayang , aku rasa macam nak hentak je kepala dia .
kiteorang tengok cite GRETEL AND HANSEL . 18 tau . kite orang lepas .
well , budak matured . haruslah :3 best lah jugak citer ni . 
dalam wayang memekak je gigi tuh , bercakap aje . 
ikut kan hati rasa nak sepak , sabar jelah . lol 
nak tengok ke hayati citer tuh pun senang . dah lah ada scene 'geligeli'
lol ! what the , okay abaikan . hahaha . buat2 lah paham .


blahblah jalanjalan , makan makan dan yang penting kalau keluar
mesti lah amek pic kan . kenangan , kang mane lah tahu tak dapat jumpa lagi ke .
tak ke sadis tuh :3 haishh -_____________-


















whoooaa , banyak pulak pic . lol . gila bajet muka sume . puihhh :3
hahaha ! tapi hang ni tak best sangat , becoz dak hawa ni hah . 
moodyyy memanjang . ade je tak kena ngan dia . eskrem dia tumpah lah .
pemurahnya hati aku hari tuh belanja dorang semua eskrem mcd auw .
haha , sakai gila ayat aku T.T . tapi si ngek ni terjatuh kan eskrem uh . 
lalu terkena baju dia , dan dia pun merengek- rengek .
bab baju dia dah kotor , rase nak pang pang muka kau .
haha ! selamat kau kawan aku wahai HAWA ASNI !
lepastu yang malang nya lagi , kaki dia melecet . 
adesss -______- dasar kelam . dah tahu tinggi . 
berhajat nak pakai high heels . kan dah luka kaki tuh . 
sabar jelah aku tengok kau doe :3 haha !

dah lah balik nak ke melakasentral naik teksi . selamat ada balance duit . 
and boleh share ngan 2 manusia sepet cina mat lap mane tah . 
alamak ! kurengg diajar bahasa aku . k abaikan . lol
haha , lepastuh aku berjalan lagi sambung plak ngan kakak aku . 
gila babis kubis penat bhaii . dah lah pakai high heels .
nak tercabut kaki dok berjalan tak henti henti . 
haishh T.T TAPI HELLO ! kaki aku tak melecet . hahaha !
kakak aku ajak pergi beli barang semua , ahh . damn .
kena teman dia tengok wayang lagi . adesss . 
citer 3 AM . cam bebodo citer ni . 
DISARANKAN JANGAN TENGOK ! KERANA TERLALU BANGANG. 
k sekian . malas nak recall . hahaha .


happy keluar ngan korang . hope kita dapat keluar lagi *peace peace*

tadi pagi , aku dok bergadoo ngan 'KA' kat dalam twiiter .
bercekau , berbalas tweet . grr -___-
ni semua gara gara aku cakap aku amek pic ngan laki . 
aku olokolok je , kau plak emosi terlebih . lantak lah . 
penat aku lah , aku mainmain je pun . semuanya nak anggap serious .
text lah aku sampai lebam ke nak tecabut tangan .
aku takmau reply , AKU NGAJOK PAHAM !
lol , enough *perangai sebijik cam bebudak . hahaha !
tapi , hmm tipu lah kalau aku cakap aku tak sayang dia . 
perasaan sayang takkan lah boleh hilang dalam sekelip mata .
it need some times to think , decide . 

OHH DAMNN T.T mata aku dah mengantok gila .
lebam dah , macam panda dalam hutan . sooo cute . puihhh jadah nya !
esok nak sekolah , phewwww -_________-
malas gila rasanya . takde mood . mood ilang .
dah dah , kalau tunggu aku membebel . esok pun belum tentu habes .


K LAH BYE :D ASSALAMUALAIKUM . ILOVEYOUU !

Posted at January 28, 2013 | 0 comments

|
Le'Quote
'Ya Rabb,bring my focus back because i feel distracted these days'
Pendosa tanpa noktah.
Instagram | Twitter

Le'Wishlist
▲Dean's list▲
▲Lamborghini▲
▲Instax Mini▲
▲Meet Taylor Swift▲



-eynxxjfr-