" F l o w e r "

Flower.
Sweetness
SWEET DIMPLES
'He found you lost and guided you to the right path' : Dashboard | +Follow
Dear Heart ^,^


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Sayang mungkin dapat dicari. Hati mungkin dipenuhi rasa cinta. Rindu yang mula mencengkam jiwa. Hanya menyebabkan perasaan sesak didada bersama gema selawat yang indah pada Rasul. Diiringi pula dengat ayat ayat cinta tatkala suara indah itu terus berkumandang.

Memenuhi pendengaran dan kalbu hati ini, bersama terus mengingat pada Pencipta dan bacaan indah diiringi dengan huruf yang tersusun. Tak tergambar rasa yang melanda tatkala perasaan yang mengiringi alunan itu membawa pergi lamunanku. Mencari Allah yang satu..

Kerana hati yang penat untuk bertindak. Sudah terlalu banyak perkara yang mengecewakan sehingga tidak boleh  meragut pergi rasa tenang di hati. Kata kata yang ditunggu oleh hati ini adalah bersifat doa dan pujukan.

Bila banyak hati yang terluka, terlalu penat untuk merawat satu persatu. Kerana di antara hati yang terluka itu, terdapat juga hati kita. Sekali lemas di bawa arus emosi dan marah, tetapi mengenangkan hati yang lain mungkin lagi parah dan dalam lukanya yang bermeter meter. Maka tak salah rasanya untuk menjadi lebih kuat untuk seketika. Walaupun kengkadang kita sendiri perlu "FAKE SMILE" di depan orang...

Biarkan hati yang bersedih itu dirawat sendiri. Dirawat dengan sejuknya ayat ayat Al-Quran dan alunan Zikirullah. Di balut rapi pula dengan selawat pada nabi, dibelai dengan lembut dengan doa dan harapan. Moga hati hati yang terlukan menjadi sihat dan bersih. Kerana dugaan Allah akan hadir bersama hikmah untuk hambar kesayanganNya.

Ampunilah dosaku Ya Allah. Kuatkan hati hati kami. UjianMu hadir tanda kasih. Semoga Engkau memberi petunjuk dan hidayahmu kepada Kami. Amin Ya Rabb :')

Posted at January 10, 2013 | 0 comments

|
Le'Quote
'Ya Rabb,bring my focus back because i feel distracted these days'
Pendosa tanpa noktah.
Instagram | Twitter

Le'Wishlist
▲Dean's list▲
▲Lamborghini▲
▲Instax Mini▲
▲Meet Taylor Swift▲



-eynxxjfr-