" F l o w e r "

Flower.
Sweetness
SWEET DIMPLES
'He found you lost and guided you to the right path' : Dashboard | +Follow
merampas atau dirampas?

Satu soalan yang sering bermain di hati aku..bukan ke kita sesama wanita mesti memahami dan menjaga hati dan perasaan kaum sejenis? Tapi kenapa macam ada yang tak paham atau mereka saja buat-buat tak paham?

Sekarang nie aku banyak dengar kisah-kisah tentang hubungan mereka yang diganggu insan ke tiga. Lebih kurang macam cinta 3 segi la bunyinya. Padahal dah tahu orang tu dah ader gf/ isteri. 

Kenapa?dah tak ada lelaki lain ke kat dunia nie?ataupun dan memang tabiat suka menggangu hubungan orang? Bukan apa, tak suka la perempuan bergaduh sebab lelaki!!

Sebut pasal merampas nie, kadang-kadang kawan sendiri pun bukan boleh percaya sangat. Depan kita pijak semut pun tak mati, bila kat belakang kita, bermain-main mata dengan bf/ suami kita. 

Selalu kes rampas merampas nie keja orang perempuan la. Jarang2 dengar perkataan 'lelaki perampas'. 

Alahai, menjadi orang ketiga dalam perhubungan orang lain hebat sangat ke? Best sangat ke buat perhubungan tu runtuh dan putus? Mesti kita bangga "wah hebatnya aku, lelaki tu pilih aku dari gf/ isteri dia sendiri". Perghh,kejam gila. Tak pernah fikir ke perasaan perempuan yang ditinggalkan tu? tak kesian ke kat dia?

Mungkin bukan salah perempuan tu 100%. Tepuk sebelah tangan tak mungkin berbunyi kan? mungkin salah lelaki tu juga. Iman tak kuat. Mudah sangat tergoda. ish3.Lain kali taruk jelah gam gajah, bagi kuat sikit iman tu. :D

Tapi ingatla..kalau kita boleh menyakitkan/menghancurkan hidup/ menggangu perhubungan orang lain, tak mustahil orang lain pun boleh buat macam tu kat kita. 

Tuhan tu maha adil. 'Setiap perbuatan yang kita lakukan ada pembalasannya'. Tak kira la samada perbuatan baik or buruk.Fikir sendiri la wahai kaum-kaum hawa sekalian. Sama-sama la kita menjaga perasaan sesama kita.


Posted at 8:08 PM | 0 comments

|
Le'Quote
'Ya Rabb,bring my focus back because i feel distracted these days'
Pendosa tanpa noktah.
Instagram | Twitter

Le'Wishlist
▲Dean's list▲
▲Lamborghini▲
▲Instax Mini▲
▲Meet Taylor Swift▲



-eynxxjfr-